ONEXOX
BannerFans.com

Enggan minta maaf, Ulamak Muda Umno bangangkan orang lain pulak!!

on Thursday, May 8, 2014



Ulama yang ada dalam Umno. Selepas tuduh muslimah pelacȗr, kini bodohkan orang lain pula.

Setiausaha Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman tak akan memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya yang menggelar wanita bertudung labuh yang menyertai perhimpunan anti-GST pada 1 Mei lalu sebagai pelacȗr kelas atasan.

Radzi berkata, dia ‘waras’ semasa menulis kenyataan tersebut dan menganggapnya sebagai satu perumpamaan dan tidak dilihat sebagai satu kesalahan.

Kini bodohkan orang lain tak faham bahasa pula.

“Saya tidak akan minta maaf kerana kenyataan saya tidak salah. Mereka yang tidak faham jadi merekalah yang bodoh bahasa Melayu, bodoh akal budi Melayu.

“Itu adalah perumpaan, saya tidak kata secara hakikat, ia hanyalah analogi,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Sebelum ini ularmak itu menulis, “Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacȗr atasan.

“Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap.”

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved