Baru-baru ini, tersebar gambar tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) milik pelakon Hanez Suraya dan kekasihnya, Romie Razin Adilha.
hanez surayaPeliknya, artis lain pun pergi bercuti juga, tapi tak adalah pula pihak yang rajin mendedahkan tiket penerbangan mereka kepada umum.
Mungkin penyebarnya merasakan ia ‘menarik’ kerana percutian itu melibatkan Hanez dengan kekasihnya yang masih berstatus suami orang.
Bagaimanapun, destinasi pada tiket bertarikh 20 April 2014 itu telah dikaburkan.
Menerusi sebuah sisipan hiburan, Hanez mengakui dia cukup geram kerana privasinya sudah diganggu sekaligus menyebabkan dia merasakan yang pergerakannya kini terbatas.
Setakat ini, dia tidak mahu memberi komen lanjut mengenai penyebaran gambar itu sehingga tiba waktu yang sesuai.
Hmm…rasanya kalau susah sangat, lebih baik kahwin saja.
Tak adalah orang hendak mengata kalau bercuti berdua, betul tak?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
kes mahkamah belum selesai tapi naluri kemaksiatan memberontak, terpaksa ke luar negara untuk penuhi gelodak jiwa
May 5, 2014 at 8:45 PM
Post a Comment