Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuduhan itu amat serius dan SPRM perlu menyiasat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sekiranya melakukan salahguna kuasa.
Katanya, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berdiam diri memandangkan individu berkenaan turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan.
“Ini tuduhan yang besar, Najib tak boleh berdiam sahaja, kena siasat dengan segera. Sabaruddin ni bekas menteri kerajaan, dia dah dedahkan bahawa individu tersebut ada kaitan dengan kerajaan.
“SPRM perlu siasat Hasan Malek dan ambil tindakan dengan segera jika benar dia salah guna kuasa. Isu ini menunjukkan kronisme dalam Umno itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Pada 26 Mei lalu, Sabaruddin mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta oleh individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Justeru Surendran mendesak SPRM menyiasat semua pihak yang terlibat bagi mengetahui sekiranya wujud campurtangan politik dalam keputusan bank berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment