Dalam dunia sekarang, ramai betul yang suka jadi ‘polis moral’. Kerja mereka adalah masuk ke laman-laman sosial lalu mula berceramah tentang itu ini.
Dari satu segi, perangai begini jika niatnya ikhlas mahu menegur sesama Islam memanglah elok. Tapi masalah timbul bila kebanyakannya cuma mahu melempiaskan perasaan ‘syok sendiri’ untuk menasihati orang lain tanpa usul periksa.
Itulah yang berlaku apabila ada komen yang menyelar Festival Belia Putrajaya (FBP) yang dikatakan menampilkan banyak program hiburan semata-mata.
Justeru Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjawab sendiri komen ini dengan menerangkan terdapat banyak juga pos berkaitan program keagamaan dimuatkan dalam aktiviti FBP namun pos begini mungkin ‘terlepas pandang’ oleh mereka yang suka mengutuk semata-mata.
Sebagai contoh, pos-pos di bawah ini:
Sebenarnya dalam Islam sekalipun, kita tidak dibolehkan menghamburkan perkataan buruk sesuka hati apatah lagi melemparkan tuduhan sebelum usul periksa.
Jadi kepada ‘keyboard warrior‘ di luar sana, lain kali periksa betul-betul dulu sebelum berkhutbah pada orang lain okey?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment