Harian Metro difahamkan, perkahwinan kali kelima buat Mak Mah, 68, dengan Al Fatah, 70, di rumah abang iparnya di Klang, dekat sini, tidak begitu diterima oleh beberapa anak aktres veteran itu.
Mak Mah yang dihubungi semalam berkata, desas-desus itu tidak berasas sama sekali kerana pihak tertentu menyebarkan cerita berkenaan berdasarkan tanggapan masing-masing yang tidak tahu hal sebenar.
“Memang anak bongsu tak datang sebab dia jauh.
Kalau mengenai Adlin (Aman Ramli) itu, kata-katanya yang menganggap Al Fatah sebagai suami saya dan bukan bapa tirinya dia tidak bermaksud begitu.
“Lagi pun, apa yang orang cakap hanya berdasarkan apa yang mereka nampak atau dengar mengenai majlis.
Orang luar tak tahu cerita yang sebenar pun,” katanya.
Kenyataan dikeluarkan Adlin Aman Ramli yang menggelar bapa tiri barunya dengan gelaran ‘suami baru mak’ menimbulkan spekulasi seolah-olah pelakon dan pengarah itu tidak merestui pilihan hati Mak Mah.
Malah, gerak-geri Adlin yang berangkat pulang ketika majlis masih meriah seperti mengesahkan desas-desus yang timbul.
Lebih mengukuhkan keadaan apabila anak bongsu aktres itu tidak hadir pada majlis pernikahannya dipercayai kerana sebab peribadi dan tidak merestui perkahwinan itu.
Majlis akad nikah Mak Mah dengan Al Fatah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang, Mohd Jani Sarman dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan, Mohd Zainal Sidek jam 9.20 pagi hari berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment