Itu luahan syarikat Cadbury Malaysia berikutan isu coklat syarikat itu dikesan pihak berkuasa mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) baru-baru ini.
Pendedahan itu menyebabkan orang ramai termasuk badan bukan kerajaan (NGO) mengecam syarikat tersebut termasuk menggesa umat Islam tidak lagi membeli produk tertentu Cadbury.
Ketua Unit Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran turut memaklumkan, Cadbury Malaysia sedang memberi tumpuan penuh terhadap penyiasatan kes itu.
“Semua sumber kami ke arah penyiasatan yang sedang berlangsung. Kami juga turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim dalam memastikan produk kami mematuhi garis panduan halal,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Zalina berkata, Jakim dalam proses menjalankan ujian ke atas produk Cadbury dan akan mengumumkan keputusan itu sebaik sahaja memperoleh maklumat.
“Sehingga itu, kami tidak dapat memberikan komen lanjut. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang berusaha penuh untuk menangani isu ini secepat mungkin,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
Dlm fb, non-muslims sibuk berbicara hukum-hakam agama islam. Ada yg sarcastic, pathethic dan ada hujah nak aniaya bisnes mereka.
Tak pernah baca pulak muslims sibuk pertikai hukum agama anutan non-muslim.
Moga mereka diberi hidayah Allah.
May 27, 2014 at 4:09 PM
Boikot!!!!
May 28, 2014 at 9:50 AM
Because you have the narrow info. Ilmu belum cukup jgn pandai nak komen entah2. Sebenarnya benda tu jadi cos korang sibuk dgn halal haram makanan smp buat kempen boikot sana sini tapi tahukah anda bahawa Alquran sendiri mengatakan yang perkataan yang keluar dari mulut seperti mengata, gossip, fitnah dan yg sewaktu dengannya lebih haram dari makan daging khinzir? Perdalamkan ilmu sebelum berkata2 kerana itu hanya memalukan diri sendiri dan bangsa. Peace no war.
May 29, 2014 at 7:09 PM
Post a Comment