Namun ABIM memandang berat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (BBK) berhubung kes ini. Kenyataan yang dipenuhi emosi dan terkeluar dari batasan rasional amat memalukan umat Islam. Cadangan untuk membakar kilang, tukar darah dan sebagainya adalah cadangan yang keterlaluan.
Begitu juga jika ada yang mengaitkan dari sudut kepayahan untuk mendidik dan mendapat hidayah lantaran kononnya jasad telah dicemari makanan yang haram. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam. Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi.
Kenyataan seperti ini boleh membawa imej yang negatif kepada agama Islam. Ada yang mahu menyamak usus sendiri jelas terkeluar dari tuntutan syariat Islamiah. Umat Islam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegini bagi menggambarkan kemarahan apatah lagi Islam sendiri telah pun ada penyelesaiannya yang jauh terhormat dan penuh hikmah.
Amidi Abd Manan
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment