ONEXOX
BannerFans.com

Pengerusi MyWatch dedahkan sindiket dadah libatkan pegawai tinggi polis di N.Sembilan

on Tuesday, May 6, 2014

Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan hari ini menyelar pihak polis kerana bertindak lambat dalam penyiasatan berhubung kes jenayah ke atas dirinya.



Beliau turut mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap kes tembakan yang berlaku kepada dirinya Julai tahun lalu yang sehingga kini masih tiada tangkapan.

Sanjeevan turut mendedahkan beliau telah menerima tiga butir peluru 9 hidup di dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Bahau dua hari lalu.

Sanjeevan juga mendakwa polis bertindak “berat sebelah” kerana beliau sebagai rakyat Malaysia tidak menerima perlindungan keselamatan sama seperti sesetengah orang lain.

Pada 27 Julai tahun lalu, Sanjeevan ditembak oleh seorang pembonceng motosikal semasa beliau berada dalam sebuah kereta dalam kejadian di Jempol, Negeri Sembilan.

Sanjeevan mendakwa kejadian tersebut berlaku kerana beliau telah mendedahkan sidiket pengedaran dadah melibatkan pegawai tinggi polis di Negeri Sembilan.

Beliau juga sebelum ini menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan dua anggota polis di Johor yang didakwa memiliki wang berjumlah RM1.5 juta dalam akaun masing-masing.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved