ONEXOX
BannerFans.com

Punca Ani Maiyuni Jadi Bomoh

on Tuesday, May 6, 2014

Kisah artis dan bomoh ini bukan kisah baharu, tetapi artis jadi bomoh memang satu dalam sejuta. Khabarnya penyanyi Ani Maiyuni kini sudah menjadi bomoh, takut pula Aida dengar pengakuan ini.

Jadi siapa-siapa yang pernah buat perhitungan dengan Ani perlu lebih berhati-hati selepas ini, ialah silap hari bulan tidak sempat popular nanti sudah kecundang.

Khabarnya kerjaya Ani ini baharu lagi, tetapi jangan risau menurut Ani dia tidak akan gunakan kelebihannya ini di luar hanya untuk beberapa hari sahaja. Pelik pulak, boleh ya guna untuk seketika sahaja kuasa bomoh-bomoh ini.



"Memang saya seorang bomoh. Tetapi jangan risau, kuasa saya ini terbatas,"katanya.

Aida tanyakan kepada Ani apa bezanya kuasa bomoh Ani dengan bomoh lain, katanya kuasa bomohnya itu hanya menjadi kalau di atas pentas sahaja. Patutlah rupa-rupanya Ani kini sedang giat menjalani latihan untuk teater Bomoh Dharai.

Risau pula kita, kalau artis-artis kini pun sudah sibuk menjadi bomoh, kesianlah bomoh pula terpaksa bersaing. Tetapi jangan terkejut sebenarnya memang ada sebahagian artis kita ini menggunakan perkhidmatan ilmu hitam untuk melariskan kerjaya.

Menurut Ani mungkin kalau ada mereka yang di luar sana mahu melihat kesan sebenar ilmu hitam ini, boleh menonton teater lakonannya yang akan di pentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 sehingga 24 Mei depan.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

bodoh admin... ahhaha... ayat x nak gempak jer...........hahaha


May 6, 2014 at 5:09 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved