ONEXOX
BannerFans.com

Rabecca Nur Islam nampak anggun pakai gaun sendat paras betis dengan legging bertudung

on Sunday, May 4, 2014

Beberapa minggu lalu, pelakon yang sudah berhijab, Rabecca Nur Islam dikecam peminat kerana memakai baju merah melekat di tubuh yang menyerupai Te­letubbies ketika meraihkan ulangtahun kelahiran rakannya.

Apabila kontroversi itu reda dan Rabecca sudah meminta maaf, ramai menyangka beliau sudah insaf dan belajar dari kesilapannya dengan lebih berhati-hati mengenakan pakaian bersesuaian dengan imejnya bertudung. Ternyata Rabecca masih belum serik.

Baru-baru ini, aktres berusia 28 tahun itu kembali mengejutkan dunia hiburan apabila sebuah video Instagram yang dikongsikan seorang kenalan Rebecca jelas memaparkan beliau dengan berani memakai baju berwarna tanah yang melekap tubuh dan singkat paras betis dengan legging di sebuah majlis.

Perkara tersebut mendapat perhatian wartawan Harian Metro, Cik Pang yang kemudian berkongsi sebuah artikel di ruangan selebriti, Metro Ahad. Pada penulis, Rabecca mungkin sekadar berfesyen ketika nekad mengambil keputusan untuk berhijab tahun lalu.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved