“My selfie with President Obama!” Demikian catatan pada foto yang dipaparkan dengan penuh bangga oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook pada 27 April 2014 selepas berpeluang bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Sebagai seorang pengamal media dan perunding media, saya hanya mampu menepuk dahi memikirkan kejahilan dan kebodohan Najib terhadap istilah sebenar perkataan tersebut.
Foto yang dipaparkan bukanlah “selfie” tetapi “usie”.
Mungkin Najib tidak berpeluang mendengar penerangan lengkap yang diberikan Arlene Tan, Gouri Krishnan dan Tan Kim menerusi slot “Asean Breakfast Call” (Durian Asean, 14 April 2014).
Mungkin tidak ada sesiapa yang membisikkan ke telinga Najib bahawa “selfie” (atau lebih popular sebagai #selfie) melibatkan satu orang sahaja.
Sekiranya foto yang dirakam itu menampilkan lebih daripada seorang – kecuali Najib dan Obama adalah satu orang – maka istilah yang betul adalah “usie” (atau #usie).
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 7 comments... read them below or add one }
apakebende #usie tu? aku google 'the most famous selfie' jumpe gambar ellen degeneres ngan sepuluh orang kat dalam gmbar tu. gambar tu masa oscar award. takde plak dia kata gmbar tu #usie,
May 5, 2014 at 4:59 AM
Hahaha...dah telipon nye satu...sorang je la yg tekan button snap. Selfie la tu...xkira la dlm tu ada sedozen ke... Nk usie kena ramai2 la tekan snap button tuh :p.... #sajaje :p
May 5, 2014 at 5:20 AM
Suka2 nk bodohkan org...omputih pon selfie ramai2
May 5, 2014 at 8:22 AM
beria aku baca. bazir masa je. ingatkan isu apa la yang berat sangat sampai perlu hantar nota pembetulan kat najib.
truth be told,ni first time aku dgr usie. ketinggalan zaman sgtkah aku ni?
May 5, 2014 at 9:40 AM
takde kehalnye lah beza selfie usie kejadah tu. yang penting, bergambo. kau ade begambo ngn obama ?at least najib did
May 5, 2014 at 11:01 AM
ini cuma pendapat "taik politik" yg celik2 mata je cuma taw nk cari org salah utk keuntungan politik je...meh aku bg satu "haktuii"..cari la bahan lain bro klu nk bpolitik taik pun
May 5, 2014 at 9:13 PM
hahahah jeles najib dapat selfie..usie pon bolehlahhh
May 5, 2014 at 10:24 PM
Post a Comment