Saman tersebut atas dakwaan pihak MAS telah mendedahkan tiket penerbangan pelakon drama Love You, Mr. Arrogant itu bersama kekasihnya, Romie Razin Adilha ke Bangkok, Thailand, di laman sosial pada April lalu.
Hanez bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes berkenaan.
“Saya minta maaf kerana saya tidak boleh mengulas mengenai kes yang sedang berlangsung. Saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak memberikan sebarang komen kerana ini melibatkan pihak mahkamah. Saya harap semua pihak tidak mendesak saya,” ujar Hanez Suraya seperti yang dilaporkan portal hiburan gua.com.my
Ekoran tindakannya memfailkan saman itu juga, Hanez dihujani tomahan kerana dia dikatakan mengambil tindakan saman secara melulu tanpa berfikir dahulu.
“Ada pihak yang kata saya mahu terus-terusan saman. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, pihak saya telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak mereka selepas gambar tiket itu tersebar dan perkara itu berlangsung selama sebulan.
“Malangnya, saya tidak mendapat kerjasama. Jadi saya teruskan dengan tindakan saman. Justeru itu, kepada mereka yang memberi pendapat negatif begitu, diharap dapat membaca dahulu cerita yang dipaparkan sebelum ini sepenuhnya. Jangan baca tajuk sahaja lalu melemparkan tohmahan kepada saya,” katanya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment