Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu mangsa yang berusia 60 tahun gagal diselamatkan selepas dia terlepas dari pelukan anggota bomba dan penyelamat yang cuba menghalangnya terjun dari bangunan berkenaan.
Dia dilihat meronta-ronta apabila anggota penyelamat berkenaan sempat ‘menyambarnya’ seketika ketika dia leka berdiri di bahagian luar tingkap rumahnya. Akibat tindakannya itu, mangsa jatuh dari bangunan berkenaan.
Menurut saksi di tempat kejadian, lelaki berkenaan dikatakan telah berdiri di luar tingkap rumahnya sejak jam 2.30 petang.
Saksi yang enggan dikenali itu berkata, mangsa kelihatan tidak keruan dan beberapa kali mengugut untuk terjun.
“Beberapa ahli keluarga dan kaunselor datang cuba menenangkannya namun pujukan mereka langsung tidak diendahkan.
“Mereka juga menghubungi anaknya yang berada di Kuala Lumpur dan menghulurkan telefon bimbit kepadanya dengan harapan dia dapat bertenang namun ternyata usaha itu hanya sia-sia,” katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setelah empat jam berusaha memujuk mangsa pihak polis terpaksa membenarkan pasukan bomba dan penyelamat melakukan tindakan seterusnya.
“Siasatan awal di rumah lelaki berkenaan menemui sekeping nota yang ditulisnya dan dia dikatakan terpengaruh dengan suara halus yang didengarinya sejak empat bulan lalu. Suara halus itu juga memujuknya untuk berbuat sedemikian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mior berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.
Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment