ONEXOX
BannerFans.com

Wardina Safiyyah: Saya Lebih Popular Selepas Saya Berhijab

on Sunday, May 4, 2014

Kami mungkin mengambil petikan kata kata Wardina Safiyyah ini di luar konteks namun anda boleh mendengar sendiri temubual personaliti TV ini bersama wartawan Australia Network News yang diterbitkan sekitar Ogos 2013 yang lalu.

Secara asasnya, Wardina Safiyyah dijemput untuk memberi pandangan beliau tentang wanita yang bertudung di dalam dunia moden ketika ini dan bagaimana beliau sebagai seorang selebriti mampu mengekalkan kerjaya yang cemerlang selepas berhijab.



Sekitar minit 2:20, wartawan tersebut bertanyakan sama ada Wardina Safiyyah menerima kritikan dari masyarakat selepas beliau mengambil keputusan untuk bertudung dan selebriti ini menjawab yang pada mulanya memang ada yang memandang sinis keputusan beliau.

“Pada awalnya, memang ada kata kata sinis yang mengatakan kerjaya saya akan berakhir & bukan lagi tarikan seksual di televisyen — kalau tidak mahu (saya muncul di televsyen), jangan langsung namun yang sebaliknya pula berlaku”

“Saya menjadi lebih popular kerana saya memakai hijab — suka atau tidak, mereka (wartawan) mesti menulis tentang saya yang memiliki segalanya dan terkenal namun mahu memakai hijab — perhatian media itu membuatkan saya lebih popular,” ujarnya.

Bagus untuk anda Wardina Safiyyah, kami pun memerlukan anda sebagai bahan berita. Situasi menang menang bak kata orang orang tua.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved