ONEXOX
BannerFans.com

Aidil Zafuan Jadi Pelakon Untuk Bayar Rita RM100,000?

on Thursday, June 12, 2014

Sebelum ni penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pernah menerima tawaran menjadi pelakon sebagai pengawal keselamatan warganegara Nepal dalam drama pendek online berjudul Semua Boleh Bolt.

Terbaru, pemain pertahanan untuk pasukan JDT, Aidil Zafuan juga nampaknya turut cuba menjinakkan diri dalam bidang berkenaan. Cuma belum dapat dipastikan sama ada ianya adalah filem, drama, telemovie ataupun sekadar iklan sahaja.



Tapi yang comelnya, isteri Aidil iaitu Zarema Zainal turut sama turun padang membantu menguruskan Aidil di set penggambaran #TheGlups. Ehem, bakal jadi PA la tu kan?

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram semalam, Aidil tampil memakai sut hitam putih sambil dikelilingi oleh pasukan keselamatan yang mengawasinya. Dah macam cerita James Bond dan Men In Black pun ada.



Tak kisahlah watak apa pun yang Aidil bawa, tetapi ada pihak yang sengaja mengaitkan tawaran berlakon Aidil itu dengan kes tuntutan nafkah anak-anaknya dengan bekas isteri, Rita Rudaini, yang tertunggak sehingga RM100,000.

Apa maksudnya? Adakah Aidil terpaksa mencari kerja lain untuk menampung nafkah anak-anaknya? Ish, tak baik berspekulasi macam tu. Takkanlah pendapatan Aidil sebagai pemain bola sepak tak mencukupi pula.



Bagi kami, lebih baik anggap saja peluang berlakon yang diterima Aidil sebagai rezeki terpijak buat pemain bola popular ini kan? Tapi kalau boleh, jangan lupa selesaikan apa yang masih belum selesai dengan bekas isteri terdahulu dan anak-anak, ya Aidil?

P/S: Kalau betul dah jadi pelakon, bayangkan kalau tiba-tiba produser filem dan drama nak gandingkan Aidil dengan Rita. Ooppss!

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved