ONEXOX
BannerFans.com

Al-Quran cukup untuk cara hidup, tetapi kita ambil sebahagian katanya Mahathir

on Wednesday, June 4, 2014

“Al-Quran cukup untuk cara hidup, tetapi kita ambil sebahagian … bila ada individu yang berpengetahuan sedikit, kita akan ikut dia walaupun tindakan itu salah,” kata Tun Mahathir.

Yelah…ambil sistem perbankan Islam, ambil sistem perniagaan Islam, sistem hukuman dalam Islam tinggalkan.

Sebelum itu Mahathir mengulas tentang tindakan Jais yang menyerbu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Penyelesaian perkara itu terkandung di dalam Al-Quran dan tidakan seperti itu dilakukan berdasarkan interpretasi seseorang kata Mahathir.

“Perkara ini timbul kerana tidak ikut ajaran Islam. Mereka ikut ajaran seseorang. Saya cadangkan mereka kembali kepada Al-Quran. Ini mereka ikut interpretasi mereka sendiri,” katanya dipetik The Malaysian Insider ketika program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Selangor, hari ini.

“Al-Quran nyatakan dengan jelas, kamu dengan agamamu, kami dengan agama kami,” katanya.

Al-Quran juga menetapkan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang cuba keluar dan meninggalkan agama Islam.

“Ikut Al-Quran apa berlaku kepada mereka yang menukar agama mereka ada tindakannya, tetapi saya tidak mahu cakap.

“Islam zaman ini sudah dipolitikkan dan mereka hendak nampak sangat Islam, sebab itu mereka buat macam itu,” katanya.

Elemen elemen fanatik agama oleh sesetengah pihak juga diulas beliau. Elemen itu wujud apabila individu itu terlalu taksub dengan sesuatu perkara.

“Bila kita terlalu taksub dengan ajaran orang tertentu, kita jadi fanatik.

“Al-Quran cukup untuk cara hidup, tetapi kita ambil sebahagian … bila ada individu yang berpengetahuan sedikit, kita akan ikut dia walaupun tindakan itu salah,” katanya.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved