ONEXOX
BannerFans.com

Rombakan kabinet, Hasan Malek antara 3 menteri akan digugurkan?

on Wednesday, June 4, 2014

Laporan mStar Online berdasarkan sumber Putrajaya menyebut rombakan kabinet akan berlaku sebelum puasa di mana dua menteri baru dilantik dan tiga menteri sedia ada terjejas.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet.

Tiga jawatan timbalan menteri ‘yang masih kosong’ sejak pilihan raya umum lalu akan diisi iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.

Sumber Putrajaya itu menyebut, tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu.

Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet.

Rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved