ONEXOX
BannerFans.com

Berlainan fahaman politik punca ‘Tanah kubur sempit’

on Thursday, June 5, 2014

Keputusan menolak pengebumian seorang jenazah wanita baru-baru ini dibuat AJK Masjid Padang Midin dan tiada kaitan dengan Umno cawangan.

Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Sahul Hamid berkata, dakwaan mengatakan ia berkait dengan perbezaan fahaman politik adalah tidak betul dan fitnah semata-mata.

“Saya difahamkan, AJK masjid sudah lama memutuskan kariah masjid sahaja akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin kerana ruang tanah kubur itu sempit.

“Disebabkan ruang yang sempit itu juga AJK masjid terpaksa menolak dan bukannya disebabkan arwah seorang ahli Pas atau pun mana-mana parti sekalipun,” katanya.

Kata Razali, arwah berasal dari Kampung Tanjung iaitu sempadan antara Kampung Padang Midin dan Kampung Tok Hakim. Arwah juga selalu berjemaah di Surau Kampung Tok Hakim.

“Perkara ini telah diselesaikan secara baik dan arwah telah pun selamat dikebumikan di Kampung Tok Hakim di mana kawasan perkuburannya yang luas,” katanya.

Razali berkata, ada pihak sengaja memutar belit cerita supaya memburukkan imej Umno dan JKKK Padang Midin.

“Saya amat dukacita dengan fitnah yang disebarkan sebuah laman sosial yang telah memburukkan imej Umno dan JKKK kampung ini (Padang Midin), sedangkan saya tidak pernah diajak berunding dalam masalah ini,” katanya



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved