Mercedes-Benz dalam satu kenyataan berkata pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain.
"Justeru itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan.
"Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah," katanya.
Mercedes-Benz berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment