Tergelak orang luar kalau baca kenyataan menteri kita. Senang-senang kata dekat satu dunia MH370 kat Laut Hindi lepas itu buang duit mencari lepas tak jumpa kata pula belum kenal pasti lokasi baru.
Kerajaan Masih Belum Kenal Pasti Lokasi Sebenar MH370 - Hishammuddin
Kerajaan masih menjalankan perbincangan dengan pihak berkuasa Australia dan China bagi mengenal pasti lokasi baru di Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata perbincangan itu juga meliputi fasa baru dan penggunaan aset bersesuaian bagi operasi mencari pesawat itu.
"Itu amat penting dalam fasa baru ini, kerana tanpa mengetahui atau memutuskan lokasi kawasan itu, adalah amat sukar untuk memutuskan aset yang mana diperlukan," katanya.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang dalam perjalanan ke Beijing, China telah hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Hishammuddin juga sekali lagi menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung laporan yang mendakwa juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
"Jangan percayakan spekulasi, pada asasnya ini tidak adil kepada keluarga juruterbang, ini tentang keluarga dan beliau mempunyai anak dan sekiranya anda salah bagaimana anda mahu membaiki kerosakan yang ditimbulkan itu," katanya.
Baru-baru ini, akhbar Sunday Times, United Kingdom melaporkan polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment