Tatkala ramai yang tidur dan ramai juga sedang menonton world cup 2014, pada jam 250 pagi (15 Jun), Pak Nil telah menulis meluahkan apa yang dia rasa dan sememangnya terharu membacanya.
Ini tulisan Pak Nil:
Ayah, Anil nak ucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah yang sangat Anil sayang.
Memang ketika2 seperti ini menyebabkan Anil terlalu rindu pd Ayah. Walaupun Ayah pernah marah tapi percayalah herdikan Ayah itulah yang Anil syukuri.
Mungkin Ayah pernah berkecil hati dengan sikap Anil yg tak disengajakan tapi Anil tahu rajuk seorang Ayah tidak kekal lama. Bimbingan kehidupan penuh dengan falsafah yg sangat mendalam.
Semakin berusia Anil ini, semakin dalam pengertian pesan Ayah itu. Kini Anil pun adalah Papa kepada 3 cahayamata dan Anil syukuri kerana pesanan Ayah, Anil turuti dalam membimbing mereka.
Sememangnya pesanan itu tidak lapuk ditelan masa. Ampuni Anil Ayah dan Anil akan terus berdoa agar Ayah diletakkan bersama2 orang yang Soleh di sisi Tuhan SWT. Anil sayang dan rindu Ayah! Amin
Sedih membaca nukilan Pak NIl ini buat ayahnya sempena Hari Bapa. Sememangnya pengorbanan seorang ayah tiada tandingan. Kepada mereka yang masih ada ayah tu jangan lupa sentiasa menghargai mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment