Penuntut sebuah universiti yang dikenali dengan nama Nurul menyatakan lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu mengakui meminatinya dalam diam dan berhasrat untuk menjadikannya teman wanita.
Tambahnya lagi, lelaki yang memecah masuk rumahnya itu juga memberitahu sering memerhatikannya terutama di majlis keramaian yang diadakan di kawasan itu.
“Dalam sibuk mereka cari barang, lelaki itu setia berada dekat dengan saya. Dia tak ikat saya, cuma ajak saya berbual-bual lebih kurang satu jam.
“Dia juga kata nak jadi rakan dalam Facebook dan mahukan nombor telefon supaya senang untuk berbual nanti. Saya tak dapat kenal siapa mereka, sebab pakai topeng,” katanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu, empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu dipercayai memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang sebelum mengikat tiga ahli keluarga lain iaitu, kakak, abang ipar dan anak saudara Nurul.
Wang ringgit, barang kemas, dua komputer riba, telefon bimbit dan sebuah gitar dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000 telah dilarikan kumpulan itu.
Ketika kejadian berlaku, Nurul sedang tidur di dalam biliknya sebelum dikejutkan dua lembaga hitam yang berdiri di atas katil. Tergamam dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali itu, dia cuba menjerit meminta tolong, namun mulutnya segera ditutup.
“Saya disuruh baring atas katil, seorang daripada mereka ada cuba buat sesuatu, namun dihalang seorang lagi rakan. Saya rasa mungkin itu ketua kumpulan sebab dia siap bagi amaran akan membelasah mereka sekiranya saya diapa-apakan,” tambahnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment