Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah, memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, yang mewakili Rita selaku plaintif, yang memohon satu kos dikenakan ke atas defendan berikutan ketidakhadiran ke mahkamah kerana berada di Kuching, Sarawak atas urusan kerja.
Kegagalan Aidil yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) untuk hadir juga menyebabkan kes itu yang sepatutnya disambung dengan soal balas peguam plaintif terhadapnya tertangguh.
“Sepatutnya defendan (Aidil) perlu beri komitmen dalam kes ini walaupun ada arahan daripada majikan (untuk menyertai perlawanan bola sepak). Tapi, perlu diingat kehadiran dalam kes ini adalah atas perintah mahkamah.
“Perlawanan bola sepak, malam (malam tadi) dan kes ini siang (semalam), sepatutnya majikan perlu ambil inisiatif untuk sediakan penerbangan lewat bagi membolehkan defendan hadir. Alasan remeh temeh menyebabkan kes tertangguh. Justeru, saya harap defendan dapat berikan komitmen selepas ini,” katanya.
Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan soal balas terhadap defendan dan meneruskan kes dengan soal semula peguam defendan terhadap defendan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment