ONEXOX
BannerFans.com

Sewa kedai di Bazar 1Malaysia cuma 43 sen sehari!

on Wednesday, June 11, 2014

KUALA PILAH – Atas keprihatinan pihak kerajaan khususnya Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sejak tahun 1981, peniaga di Bazar 1Malaysia mampu mengaut keuntungan berpuluh kali ganda apabila mereka hanya membayar kadar sewa sebuah kedai serendah 43 sen sehari mengikut keluasan kedai.

Malah MDKP turut menanggung kos keperluan asas iaitu bekalan air dan elektrik setiap bulan yang dimanfaatkan oleh peniaga dekat sini termasuk kos penyelenggaraan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak kerajaan sangat menitikberatkan soal kebajikan rakyat sehingga terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi menanggung kos keperluan asas tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun, sudah tiba masanya kadar sewa dikaji semula oleh MDKP agar tidak membebankan kedua-dua belah pihak. Ini kerana kadar sewa sedia ada sudah tidak munasabah lagi.

“Setiap kedai di sekeliling bazar ini berbeza mengikut keluasan kedai. Seramai 32 peniaga perlu membayar RM13 sebulan, bagi RM24 pula seramai 20 peniaga manakala bazar Melayu Pasar Rabu baharu dibina tahun lalu ditetapkan kepada RM200 sebuah kedai dengan kos peruntukan RM3.5 juta.

“Kedai yang sewa pada kadar RM13 dan RM24 sebulan turut dinaik taraf menerusi peruntukan dari RM3.5 juta yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2010 ketika beliau berkunjung ke Kuala Pilah.

“Jadi, saya fikir, tiada masalah untuk MDKP mengkaji semula kadar sewa berkenaan kerana peniaga kini berniaga dalam keadaan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bazar 1Malaysia dan perasmian bangunan Bazar Melayu Pasar Rabu Kuala Pilah dekat sini, semalam.

Hadir sama, wakil rakyat setiap Dun di Parlimen Kuala Pilah dan ketua-ketua jabatan daerah Kuala Pilah.

Menurut Mohamad, dasar kerajaan negeri sememangnya tidak membebankan rakyat bagaimanapun ia perlu relevan pada masa kini.

“Kalau MDKP mahu mengkaji semula kadar sewa kedai tersebut, biarlah ia dikaji sekadar cukup untuk membelanjakan operasi perniagaan sahaja.

“Tujuan untuk menaikkan kadar sewa bukan tujuan untuk menguntungkan sebaliknya menyediakan prasarana peniaga yang lebih baik.

“Sudah tiba masanya perkara ini dikaji semula dan suka saya ingatkan agar tidak membebankan kedua-dua belah pihak. Berunding secara elok,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana menyumbangkan peruntukan beliau di Kuala Pilah sekali gus memberi manfaat kepada semua peniaga dekat sini.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved