Dalam pada masa yang sama penyerang tersebut berpendapat kemenangan ke atas England berjaya menjawab kritikan yang dilemparkan susulan kekalahan kepada Costa Rica.
"Saya mengimpikan gol-gol itu.
"Kami begitu menderita. Tapi kami menang dan itu lebih penting. Kami bakal menempuhi cabaran getir untuk bertemu Itali, yang merupakan perlawanan lebih sukar.
"Kepada yang mengkritik kami, inilah dia," terang pemain berusia 27 tahun itu.
Suarez turut mendedahkan dia bergelut di penghujung perlawanan.
"Saya mengalmi kekejangan lebih 10 minit sebelum gol kedua saya.
"Tetapi sesuatu berkata kepada saya bahawa saya tidak boleh meninggalkan padang. Ketika meraikan gol pertama, saya berkata kepada ahli terapi kerana jika bukan kerana dia, saya mungkin tidak dapat bermain di Piala Dunia."
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment