ONEXOX
BannerFans.com

"SUDAH-SUDAHLAH RITA JANGAN ASYIK CARI SALAH" - AIDIL ZAFUAN

on Thursday, June 19, 2014

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan berasa kesal dengan sikap bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar yang tidak habis-habis mencari salah termasuklah memburukkan isterinya iaitu Zarema Zainal kerana dikatakan menjadi punca dia tidak menjenguk dua orang anaknya sejak mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang menghubungi mStar Online berkata, sebagai seorang suami, dia perlu mempertahankan isterinya daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Rita kepada pihak media pada Rabu lalu.

Malah Aidil yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berharap penjelasan yang diberikannya ini sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baiknya dan isteri yang selama ini sering dikecam masyarakat.

Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia tiga tahun.

Berikut ini penjelasan hati Aidil kepada mStar Online:

Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan?
Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini.

Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia  tak boleh SMS atau telefon saya terus?

Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.

Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak?
Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak.

Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.

Oh... Iya ke? Aidil bengang dengan sikap Rita itu?
Sebagai ibu kepada ana-anaknya,  dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya?

Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.

Kesal dengan tindakan Rita?
Saya memang kesal dengan sikapnya yang tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan. Saya bukannya artis.

Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini.

Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak?
Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru.

Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja.

Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini?
Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia.








Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved