Haiwan berkenaan mengoyakkan mulutnya membuatkan lelaki yang kini berusia 56 btahun itu mengalami kecacatan teruk dan hanya boleh makan makanan cecair.
Gara-gara wajahnya yang buruk akibat kejadian malang yang menimpanya itu, dia tidak pernah ke sekolah, tidak berkahwin dan tidak diterima bekerja.
Pakar bedah, Doktor Chen Fei menyatakan Wu hilang semua mulutnya manakala rahangnya rosak teruk dan kes ini menjadi pembedahan paling mencabar sepanjang karier saya selama 15 tahun.
Pihak hospital turut menghubungi pakar di Beijing, Chengdu dan Leshan bagi mendapatkan nasihat. Pembedahan akan membabitkan kira-kira 20 doktor dari 10 jabatan.
“Kami akan membaiki bibir atas dan bawah serta otot mukanya yang rosak teruk. Ia akan membabitkan pengambilan otot paha dan memindahkan pada mukanya. Ia membabitkan terlalu banyak jahitan deria dan salur darah,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment