ONEXOX
BannerFans.com

FBI tawar RM16 juta untuk kepala rakyat Malaysia

on Friday, July 4, 2014

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat terpaksa menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir, lapor mStar Online.

Zulkifl masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.

FBI meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq. FBI khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi – kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia – kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam.

Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Marwan disahkan masih hidup, walaupun laporan terdahulu mengatakan beliau terbunuh dalam serangan udara pada 2 Februari 2012, kata Datuk Ayob Khan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman. Rujuk mStar



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved