Siti Rohayu Abd Hamid, 42, berkata, dia sedang membersihkan kepala ikan berkenaan sebelum terkejut apabila lidah yang dimiliki ikan seberat hampir 800 gram itu terkeluar dari mulutnya.
Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang tiga tahun memulakan operasi kedai makan di sini.
“Seperti biasa, rutin kami membersihkan kepala ikan merah sebelum dibuat kari kepala ikan yang menjadi kegemaran ramai pengunjung untuk juadah berbuka nanti.
“Tetapi kepala ikan kali ini agak berbeza kerana lidahnya terkeluar seperti manusia, tebal dan pelik,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, rakan-rakan yang menyaksikan kejadian itu juga hairan melihat keadaan terbabit tetapi hanya percaya bahawa semua yang berlaku adalah kekuasaan ALLAH SWT.
“Akibat bimbang dengan keadaan ini, saya mengambil keputusan untuk tidak memasak kepala berkenaan sebaliknya hanya disimpan dalam peti sejuk buat masa ini,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment