Iklan tersebut sebenarnya mempromosikan perniagaan jualan langsung kumpulan jutawan ‘YSLM’ yang berpusat di China. Lelaki dalam gambar tersebut juga merupakan warga China yang tinggal di sana.
Yang terkini, rupa-rupanya perniagaan tersebut kini sudah diharamkan di negara itu dan Zhang pernah ditahan polis sebanyak lima kali di China.
Dia dipercayai terlibat dengan penipuan skim cepat kaya yang membuatkan 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.
Mereka yang berminat untuk menjadi jutawan segera hanya perlu membayar RM300 dan bakal mendapat pulangan sehingga RM6,800 sebulan.
Justeru, iklan tersebut bakal diturunkan selepas polis dan Majlis Perbandaran Seberang Perai menerima banyak laporan dan aduan daripada orang ramai yang curiga dengan iklan tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment