KL, 3 JULAI 2014: Jika sebelum ini label pereka Zery Zamry sudah sinonim dengan busana indah buat persalinan raja sehari mahupun buat si gerangan cantik jelita mahu melaram dengan baju raya ilham daripadanya, tetapi untuk tahun ini Zery Zamry berubah angin.
Kali pertama menghasilkan koleksi baju melayu sempena Aidilfitri yang asalnya hanya sekadar ingin mencuba telah membuahkan hasil apabila tidak menang tangan Zery menerima tempahan. Yang paling mengejutkannya apabila dia mendapat tempahan daripada seorang VVIP yang berstatus selebriti.
Individu yang dimaksudkan adalah Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang menghubunginya sendiri untuk menempah koleksi “Baju Melayu Hipster by Zery Zamry” itu ketika tempahan bagi baju melayu itu hampir ditutup.
“Mula-mula ketika terima mesej di Whatsapp, sama seperti pelanggan lain YB Khairy bertanyakan bagaimana jika ingin menempah. Setelah menerangkan semua, dia memberitahu bahawa di adalah YB Khairy Jamaluddin.
“Pada mulanya saya tidak percaya kerana tidak sangka pula koleksi baju melayu hipster saya mendapat perhatian YB yang memberitahu melihatnya di Instagram. Setelah bersetuju kami bertemu dan YB Khairy telah menempah 6 pasang koleksi Baju Melayu Hipster by Zery Zamry,”cerita Zery ketika dihubungi sebentar tadi.
Dalam pada itu, Zery turut berkongsi rahsia koleksi baju rayanya hingga berjaya mencuri tumpuan individu seperti Menteri Belia & Sukan Malaysia itu.
“Ia mungkin kerana potongan koleksi baju melayu saya telah dimodenkan agar nampak lebih terletak pada badan si pemakai disamping elemen gabungan fabrik yang menonjolkan kelainan. Setiap pasang akan didatangi dengan samping dan butang baju melayu.
“Tempahan buat masa ini sudah ditutup tetapi jika ada yang mahu menggayakan ia selepas raya mereka boleh menghubungi saya untuk berunding mengenainya. Saya pun tidak sangka tak sampai seminggu sambutan begitu baik dan untuk tahun depan saya akan merancang lebih awal,”tambahnya lagi.
Bersesuaian dengan peranan YB Khairy yang menjadi barisan hadapan para remaja dan anak muda, pendekatan yang diambilnya ini menunjukkan sokongan serta mendekatkan lagi dia dengan bakat-bakat muda dinegara ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment