Masjid Kobe, adalah masjid yang pertama di Jepun. Ia dibina pada Oktober 1935 hasil sumbangan masyarakat dan komuniti Islam ketika itu di Kobe. Ia terletak dalam daerah Kitano-cho, Kobe dan antara masjid yang telah banyak melakar keajaibannya tersendiri. Ia dibina di Kobe kerana dari segi pengertian Kobe bermaksud Pintu Tuhan.
Masjid Kobe, merupakan masjid yang kekal berdiri tanpa sebarang kemusnahan ketara semasa perang dunia kedua. Malah, masjid ini menjadi tempat persembunyian bagi tentera Jepun ketika perang dunia kedua - semasa pengemboman Kobe oleh tentera bersekutu.
Masjid itu sekali lagi ‘diuji’ apabila gempa bumi dahsyat berukuran 7.3 pada skala Richter berlaku pada 17 Januari 1995 yang meragut lebih 6,000 nyawa, namun ia masih berdiri teguh dan hanya berlaku sedikit keretakan walaupun banyak bangunan di sekitarnya musnah sama sekali.
Kewujudan masjid ini dipercayai telah dipengaruhui oleh kaum Tartar yang beragama Islam daripada tengah China dan ia telah menjadi antara tempat persinggahan buat pedagang India-Muslim dari India dan juga Pakistan satu ketika dahulu. Kemudian, masjid ini telah dibaik-pulih dengan bantuan daripada saudagar-saudagar kaya dari Arab Saudi, dan daripada komuniti India-Muslim sendiri yang diketuai oleh komuniti Islam dari bangsa Tartar.
Antara nama yang banyak berjasa dalam lahirnya masjid pertama di Jepun ini ialah Farid Kirky. Sehingga kini keturunan keluarga Farid Kirky, telah 'menjaga' masjid ini dengan baik.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment