Sepanjang Ramadan ini, Nora Danish tampil berkongsi beberapa aktivitinya bersama peminat di laman itu.
Bukan sahaja mengenai kerja seninya, malah aktiviti harian seperti ibadah terawih dan penyediaan juadah berbuka puasa juga turut dikongsi bersama peminat.
Dalam keghairahan memuat naik foto-fotonya, satu foto bersama kekasihnya, Nadeem, yang berada di dapur ketika memasak bersama mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pengikutnya.
Menerusi foto itu, ramai yang menganggap bahawa mereka seakan tinggal bersama dan tidak menghormati bulan yang mulia ini.
Walaupun ada dalam kalangan pengikut 'haters' ini menghentam tindakan pasangan itu, namun ada juga yang tampil mendoakan hubungan mereka.
Pun begitu, pelakon filem, Pengantin Malam, ini tidak mudah melatah dan hanya membiarkan segala komen-komen pengikutnya itu tanpa mencelah.
Malah, sebelum ini, Nora pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil pusing mengenai perkara yang remeh sebegini.
Akui Nora, sebagai selebriti, dia sudah lali dengan kontroversi dan segala tohmahan orang terhadap dirinya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment