Seorang individu cacat penglihatan yang hanya bergantung hidup melalui kegiatan mengemis rupa-rupanya menyimpan kekayaan persis seorang jutawan apabila dia meninggalkan harta berjumlah SAR3 juta (2.5 juta) termasuk empat buah rumah di Jeddah, barangan kemas dan syiling emas.
Salah seorang jirannya iaitu Ahmeh Al-Saeedi yang membesar bersama Eisha sejak mereka kecil lagi menyatakan si mati tidak mempunyai ahli keluarga lain melainkan ibu dan kakaknya yang mana mereka pun bergelar pengemis sehinggakan aktiviti tersebut berjaya menjadikan mereka kaya raya dan menyimpan aset seperti orang kaya lain di sana.
“Mereka sentiasa mendapat perhatian dan simpati daripada masyarakat yang prihatin dengan hidup miskin mereka terutama ketika musim perayaan hari raya Aidilfitri. Eisha pun masih terus mengemis walaupun selepas kematian ibu dan kakaknya.
Eisha hanyalah seorang warga emas yang buta dan sebatang kara di dunia ini (selepas kematian ahli keluarganya),” katanya.
Al-Saeedi turut mengakui dirinya tahu mengenai kekayaan yang dimiliki Eisha hasil daripada kerja mengemisnya dan sebelum ini dia juga pernah menasihati wanita tersebut untuk berhenti daripada terus mengemis.
“Saya memintanya berhenti daripada mengemis memandangkan dia sudah mempunyai kekayaan yang cukup mewah tapi dia sentiasa menolak kerana merasakan hartanya masih tidak mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan di masa hadapan,” tambahnya lagi.
Harta benda yang ditinggalkan Eisha akan diambil alih oleh pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjut berhubung aset yang dimiliki pengemis cacat penglihatan itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment