Daily Mail melaporkan Rihanna dikatakan melanggar peraturan dan etika yang dikeluarkan oleh FIFA yang mana hanya juara dan pemimpin negara sahaja dibenarkan untuk memegang trofi rasmi Piala Dunia.
Rihanna bergambar kenangan bersama dua pemain Jerman iaitu Podolski dan Schweinsteiger. Foto mStar Online
Sehingga kini FIFA masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap tindakan penyanyi itu sama ada ingin mengambil tindakan atau sebaliknya.
Rihanna berada di Rio de Jeniero, Brazil untuk menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2014 diantara Jerman dan Argentina.
Jerman bergelar juara Piala Dunia 2014 menerusi jaringan gol oleh Mario Goetze pada minit ke 113 dan sekali gus mencipta kemenangan kali keempat untuk pasukan tersebut.
Dalam pada itu, Rihanna juga dilihat berpesta bagi meraikan kemenangan pasukan berkenaan dan sempat bergambar dengan para pemain Jerman termasuk penyerang utama, Miroslav Klose.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment