ONEXOX
BannerFans.com

Berita Bayi melecur terkena air panas dimandikan jururawat (Gambar)

on Wednesday, August 27, 2014

SERI MANJUNG – Kegembiraan pasangan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menimang cahaya mata keempat di Hospital Manjung di sini kelmarin bertahan tujuh jam sebelum bayi lelaki tersebut kemudian melecur di badan terkena air panas didakwa angkara kecuaian jururawat di hospital itu.

Bayi malang yang dilahirkan pada pukul 12.20 tengah malam itu melecur ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikan bayi itu pada pukul 7 pagi.

Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Abdul Malek Jumat, 42, berkata, bayi yang belum diberi nama dengan berat badan 3.31 kilogram dilahirkan secara normal selepas isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd. Diah, 39, dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 8 pagi kelmarin.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved