ONEXOX
BannerFans.com

Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang

on Monday, August 4, 2014

Pelakon terkenal, Ezany Nizariff mendedahkan punca mengapa rumah tangganya bersama Lizda Nuryanti Abidin mula dilanda masalah sejak awal perkahwinan mereka lagi iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Pemilik nama Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff menyatakan sepanjang tempoh tersebut dia cuba bertahan bagi menyelamatkan bahtera perkahwinan tersebut dan menganggap kemelut yang berlaku kini berada di tahap kritikal dan sudah tidak dapat untuk diselamatkan.

“Masalah bukan berlaku baru-baru ini tetapi sejak awal perkahwinan kami lagi tetapi sebagai seorang suami saya cuba bertahan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Sepanjang tempoh itu saya banyak bersabar sehinggalah hadirnya saya ke mahkamah pada hari ini (semalam),” katanya.

Namun, Ezany enggan mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku dalam rumah tangganya kerana khuatir masalah sedia ada akan bertambah buruk.

Cukuplah sekadar beberapa berita mengenai konflik rumah tangganya sebelum ini sudah menjadi perhatian umum dan baginya ia sudah memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

“Banyak benda yang tidak boleh saya perkatakan secara terbuka kerana ia terlalu peribadi dan saya juga tidak berniat untuk membuka keaiban mana-mana pihak,” ujarnya.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari berturut-turut.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved