ONEXOX
BannerFans.com

Isu kahwin Sultan, Neelofa akhirnya buka mulut

on Tuesday, August 19, 2014

Kontroversi yang melibatkan pengacara dan pelakon Neelofa yang bakal berkahwin dengan kerabat diraja nampaknya semakin merunsingkan apabila dia tidak mahu memberikan kenyataan langsung berhubung dengan perkara itu.

Ketika ditemui semasa tamat majlis program 1Malaysia Ikon di Sunway Hotel Resort & Spa hari ini. Neelofa yang dikejar beberapa media, terus sahaja ke pintu lif sambil tersenyum dan hanya mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada mereka yang mengerumuninya.

Bercakap kepada Astro Awani sebelum ini, Neelofa mendedahkan yang beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.

Kemungkinan selepas ini akan ada sidang media khas untuk menjernihkan kemelut yang dihadapi oleh pengacara dan pelakon ini. Sama-sama kita nantikan.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved