ONEXOX
BannerFans.com

JPJ kaji kualiti pelekat cukai jalan yang macam cilaka

on Saturday, August 9, 2014

HULU TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengkaji semula kualiti pelekat cukai jalan kenderaan bagi memastikan ia lebih bermutu dan tahan lama.
 
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pihaknya akan menilai dan mengkaji semula pelekat sedia ada kerana sesetengah pengguna mendakwa ia kurang bermutu, cepat pudar serta mudah koyak.
 
"Insya-Allah kita akan lihat balik perkara ini dan kita akan pastikan pelekat yang dikeluarkan pada masa akan datang tidak mudah luntur tulisannya dan tidak mudah tercabut apabila dilekatkan pada cermin.
 
"Kita akan buat penambahbaikan lepas ini dan sekarang ini, kalau ada kerosakan, pengguna boleh menukar pelekat berkenaan secara percuma di kaunter JPJ," katanya dalam sidang akhbar bersempena majlis penutup Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Sivik Ajil hari ini.
 
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil serta Pengarah JPJ Negeri Abdul Rahman Emang Anyie.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata pihaknya menyasarkan sejumlah sejuta penyertaan anak muda dalam Skuad Muda 1JPJ di seluruh negara untuk tempoh dua tahun akan datang.

"Sejak ditubuhkan pada 31 Ogos tahun lalu, kita telah mendapat penyertaan seramai 38,000 ahli Skuad Muda yang mana kita jangkakan bilangannya akan bertambah pada masa akan datang.
 
"Melalui skuad muda ini, JPJ dapat mendekati belia dan melalui skuad muda ini juga, kita dekati 'Mat Rempit' untuk mengatasi masalah mereka yang mana skuad muda ini juga dijadikan sebagai platform untuk kita menyelami masalah Mat Rempit," katanya.
 
Beliau berkata, pihaknya berharap dalam jangka panjang, masyarakat akan turut menjaga keselamatan di jalan raya, dan tanggungjawab itu bukan hanya dipikul JPJ serta Polis Diraja Malaysia.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved