Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online.
“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor,” katanya.
Menantu kepada arwah, Mohd Saiful menyatakan isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.
Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.
Allahyarham memang sudah lama disahkan menghidap penyakit jantung tetapi tidak menyangka arwah akan meninggal dunia dalam masa terdekat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment