KUCHING, 31 Ogos - Kerana pasukan mereka tersingkir dari Piala Malaysia setelah seri dengan Perak 1-1, penyokong pasukan Sarawak bertindak merusuh di Stadium Negeri Petra Jaya di sini malam tadi sekaligus mencemar kemeriahan negara yang sedang menyambut Hari Merdeka yang ke 57.
Rusuhan mula tercetus setelah perlawanan berakhir apabila penyokong Sarawak seperti hilang kewarasan dengan membaling botol minuman ke padang sambil memarahi Persatuan Bolasepak Sarawak. Polis terpaksa menembak gas pemedih mata untuk mengawal keadaan yang huru-hara.
Pihak polis cuba mengawal keadaan dengan membawa kesemua penyokong ke luar stadium namun tindakan itu telah menyebabkan mereka marah dan mereka kemudian memecahkan pintu utama Stadium Negeri Petra Jaya. Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata setelah amaran supaya bertenang tidak diendahkan oleh penyokong tersebut.
Beberapa penyokong pengsan kerana terperangkap di dalam kawasan yang dipenuhi gas pemedih mata
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment