ONEXOX
BannerFans.com

Foto 'skandal' tersebar punca Dazrin dan Amyra tak jadi kahwin?

on Monday, August 4, 2014

Awalnya disangka mahu mengedarkan kad perkahwinan, tetapi rupanya membawa berita sedih iaitu majlis perkahwinannya dengan Dazrin Kamarudin terpaksa dibatalkan. Demikianlah berita yang disampaikan oleh Amyra Rosli, 23, pada media semalam mengenai perkembangan terkininya.

"Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.




"Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi," ujar Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, dipetik sebagai berkata.

Namun dalam hal ini, ada yang meneka mungkin gambar mesra Dazrin bersama pelakon Ramona Zamzam di lokasi penggambaran yang disiarkan media pada 22 Julai lalu telah menjadi punca salah faham ini.



Malah Romona juga telah dikecam teruk oleh peminat kerana dianggap cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra. Bagaimanapun, Dazrin kemudian menafikan dakwaan kononnya dia dan Ramona mempunyai apa-apa hubungan.

Bagaimanapun, ada sumber memberitahu, pasangan ini mengambil keputusan membatalkan pernikahan mereka pada minggu terakhir Ramadan lalu kerana konflik dalaman.

"Saya beritahu perkara ini untuk mengelakkan orang ramai tertanya-tanya kenapa kami senyap saja sedangkan majlis sudah dekat.

"Saya juga nak mohon maaf kepada semua terbabit yang membantu persiapan majlis atas pembatalan ini," tambah Amyra.

Sementara itu, Dazrin yang dihubungi media berkata, pihaknya tidak berniat membatalkan perkahwinan mereka tetapi terpaksa menangguhkannya ketika ini.

"Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dulu.

"Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak," ujarnya yang menyangkal dakwaan pembatalan majlis disebabkan orang ketiga.

Untuk rekod, Dazrin dan Amyra mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013.

Amyra Rosli, merupakan gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Karier seninya bermula apabila dia membintangi drama seperti ‘Cinta dan Wahyu' di TV Al-Hijrah dan ‘Amyra’. Dia awalnya pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri ‘Jodoh’ yang ditayangkan di Astro Ria.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved