Gambar dimuatnaik dengan kapsyen 'Me-layu' itu dianggap merendahkan martabat orang Melayu sehingga Nurshahila Amir Amzah ini dihentam teruk segelintir peminatnya.
Kesan daripada tindakkannya itu, peminatnya bertikam lidah di laman sosial tersebut sehingga ada yang melabelkan dia lupa daratan.
Tetapi tidak semua menghentam, masih ada yang menyokong juara program realiti Asian Wave 2012 ini dengan memberikan kata-kata semangat supaya menganggap kritikan itu sebagai dugaan menjadi anak seni.
Bagaimanapun, penyanyi yang dikenali sebagai Shila Amzah ini tidak mahu perkara itu berterusan dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Dengan harapan menjernihkan keadaan, Shila memberikan penjelasan.
Menerusi laman sosial tersebut, Shila menerangkan apa maksud sebenar 'Me-layu'.
Katanya, dia tidak bermaksud mahu menjatuhkan martabat orang Melayu sebaliknya, dia sudah layu dengan semua komen seumpama itu.
"Sha tak pernah mendongak langit dengan apa yang Sha capai. Semua berkat usaha Sha, family, my team and doa dan sokongan ibu bapa and para peminat. The reason why i posted that caption 'Me-layu' earlier sebab Sha memang dah layu dengan comments yang macam ni, yang tak tahu hujung pangkal, i do understand tak semua orang boleh suka kita... I'm sorry for the misunderstanding," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment