ONEXOX
BannerFans.com

Tweet tentang Sultan Selangor yang dilapor Perkasa kepada polis

on Saturday, August 16, 2014

Mohamed Durrany Izam, Penolong Setiausaha Kehormat Perkasa Selangor telah membuat laporan polis kerana tweet yang dikatakan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Laporan tersebut dilakukan di balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada jam 8.00 malam, 15 Ogos 2014.

Hassan Karim, pengguna Twitter yang menggunakan ID @hakarim51 telah memuat naik ‘tweet’ yang telah menghina Sultan. Hassan Abdul Karim merupakan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang kini telah menyertai PKR.

“Sultan jenis apa ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri”, tulis Hassan.

Dia juga telah menyatakan bahawa kerajaan Khalid di Selangor sekarang adalah haram, exco pun haram, keputusan mesyuarat pun haram, gaji pun haram dan mempersoalkan sama ada pihak istana menyokong benda haram ataupun tidak.

Bahkan, Hassan turut memuat naik ‘tweet’ yang didapati mempertikaikan tindakan Sultan Selangor yang memihak kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sultan Selangor perlu belajar dari Sultan Perak yang lalu, Khalid pun begitu, kena baca penghakiman mahkamah persekutuan dalam kes Nizar menentang Zambry,” tulis Hassan di dalam laman Twitter miliknya, lapor FMT.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved