Guan Eng berkata, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta sukan bogel berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
"Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,"katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.
Dalam YouTube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang di sini.
Selain melukis pada badan, mereka turut melakukan beberapa aktiviti lain seperti lari berganti-ganti, berenang di atas manusia serta tarian gangnam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 1 comments... read them below or add one }
Surah ali imran ayat 28 - janganlah org2 beriman menjadikan org kafir sebagai pemimpin melainkan org2 beriman. Siapa yg berbuat demikian nescaya tidak akn memperoleh apapun dari allah swt kecuali kerana menjaga diri dari sesuatu yg kamu takuti dri mereka
August 5, 2014 at 5:09 PM
Post a Comment