"Enggan Mengulas", itu mesej ringkas yang dikirimkan kepada MD menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
Sebelum ini, menerusi laman sosial Twitter dan Facebook, Azwan juga dikenali sebagai seorang yang agak lantang menyuarakan pendapatnya berkaitan hal-hal dunia politik tanah air.
Sementara itu, dengan perlantikan Azmin, 50, sekaligus telah menamatkan kemelut politik Selangor yang berlarutan sejak dua bulan lalu.
Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, Klang kira-kira jam 10.30 pagi tadi
Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terpaksa melepaskan jawatan itu selepas hilang kepercayaan majoriti ADUN Selangor ekoran dipecat keahlian oleh PKR pada 9 Ogos lalu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment