ONEXOX
BannerFans.com

Bob Lokman Tidak Lagi Bergelar Artis, Mahu Tahu Apa Dia Buat Sekarang?

on Monday, September 22, 2014

Bob Lokman meninggalkan dunia hiburan setelah berhijrah. Untuk menyara kehidupan, sekarang beliau melakukan sesuatu yang berbeza.

Seorang rakannya berkongsi di dalam FB tentang punca pendapatannya sekarang.

Kami mengucapkan tahniah kepada Abang Bob dan semoga dilapangkan rezeki dan diluaskan rahmat dan diberi kehidupan penuh barakah. InsyaAllah.

BOB LOKMAN & ‘WARONG SARAPAN PAGI MENU KELANTAN’NYA



Setelah dimaklumkan bahawa dari segi hukum, dia masih boleh berlakon atau seumpamanya dengan menjaga batas-batas syari’at untuk mencari rezeki, abang Bob Lokman masih mahu meninggalkan dunia itu.

Bimbang, kalau-kalau tidak dapat menjaga hubungannya dengan Allah, abang Bob Lokman, sanggup meninggalkan dunia lakonan dan lain-lain yang bersangkutan; yang menjadi sumber pendapatannya selama ini.

Abang Bob Lokman, kini, gigih mengusahakan Warong Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan di Kuang yang mula dibuka seawal 6:30 pagi hinggalah ke jam 11 pagi untuk melayani para pelanggannya. BUKA SETIAP HARI, KECUALI JUMAAT.

Masakannya, tidak usahlah diragui. Kita dijanjikan rasa enak dan kepuasan, apabila menikmati hidangan yang disediakannya itu.

Semua dijemput, memberikan sokongan kepada abang Bob Lokman di dalam usahanya mencari rezqi yang halal bagi menyara anak-anaknya yang sebahagian besar, masih kecil.

Warongnya, di tepi jalan sahaja. Jika dari simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis), berada di sebelah kanan selepas beberapa kilometer. Jika dari simpang 4 Kuang, berada sebelah kiri, juga selepas beberapa kilometer. Warong abang Bob menyewa di warong cendol; ‘ILIN CENDOL HOUSE’.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi abang Bob sendiri di talian; 0192825555.

Semoga Allah memberkati anda semua…

[Mohon share untuk bantu abang Bob Lokman]







Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved