ONEXOX
BannerFans.com

Den Wahab Tak Halalkan Hutang RM15000 ND Lala

on Monday, September 22, 2014

Pelakon Den Wahab mendedahkan bahwa penyanyi ND Lala masih belum menjelaskan hutang wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam kira-kira 14 tahun lalu.

Bercakap kepada mStar online, Den Wahab berkata dia sudah malas untuk memikirkan dan mengharap yang ND Lala akan membayarnya namun tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya.

Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik.

Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.

Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52,  cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan.

"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya.

Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.

Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved