PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 26 tahun yang mengaku rakyat Malaysia menggemparkan media sosial apabia dia selalu mengemas kini pengalamannya sebagai 'Muhajirah' di laman Facebook, Tumblr dan akaun Twitter.
kebanyakan status yang dimuatnaiknya itu dikumpul oleh media sosial dari Amerika, Buzzfeed dan berdasarkan maklumat tersebut, wanita itu merupakan seorang doktor yang pergi ke Syria dan terlibat dengan perkahwinan rancang dengan anggota militan Negara Islam (IS)..
"Saya Muhajirah, boleh bercakap Urdu dan Hindi dan sebab itulah sesetengah 'sisters' mengalu-alukan saya ke sini...dengan filem dan tajuk lagu. Saya dari Malaysia," jelasnya di laman Twitter @BirdOfJannah pada 11 Ogos lalu.
Di laman facebook miliknya, wanita ini mendakwa kedatangannya ke Syria kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat di sana kerana dia adalah seorang doktor.
"Saya melakukan hijrah ke Syria dan ibu bapa saya tidak bersama, tetapi mereka 'okay' dengan keputusan saya," komennya di laman Facebook.
Selepas dua bulan di Syria, dia terfikir untuk berkahwin kerana baginya amat sukar hidup bersendirian dan telah diperkenalkan dengan seorang Moroccan oleh teman serumahnya di Syria.
"Satu malam, kawan baik saya telah mengetuk pintu dan belum pun sempat saya menjawab apa-apa, dia telah membuka pintu dan melompat ke atas saya.
"Dia memberitahu bahawa suaminya telah bercakap dengan kawannya, dan kawan suaminya itu telah bersutuju untuk berkahwin dengan saya walaupun tidak berjumpa terlebih dahulu.
"Saya berasa hairan, dan memberitahunya saya bersetuju untuk berkahwin. Dia memeluk saya dan menangis serta berkata betapa gembiranya dengan keputusan saya ini. Saya merasakan dia berkelakuan seperti ibu saya dan itu merupakan malam yang emosi," jelasnya yang dikongsi di tumblr blog, Diary of A Muhajirah.
Shams dan suaminya tidak bercakap pada hari perkahwinannya yang mana difahamkan itu adalah arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi dan mereka perlu memuat turun kamus di aplikasi telefon untuk bercakap pada awal perkahwinan mereka.
"Suami dan saya, adalah sangat berbeza. Kami dari dua benua yang berbeza dan bercakap dan bahasa yang berlainan. Bahasa arab saya sangat teruk, manakala dia sangat fasih berbahasa arab dan Perancis.
"Saya masih ingat kami memuat turun aplikasi kamus di telefon bimbit dan ia sangat membantu. Apa yang penting adalah hati," jelasnya di laman Facebook sebelum memadamnya.
Selepas empat hari perkahwinannya, dia baharu tersedar dia berkahwin dengan seorang Mujaheed dan perlu berdepan dengan realiti apabila suami kawannya meninggal dunia ketika berperang.
Dia juga turut memuatnaik kata-kata dari suaminya di laman Facebook "Jihad adalah isteri nombor satu, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap kamu faham."
Seorang wanita Malaysia menerusi blognya 'Diari seorang Muhajirah' mendakwa ke Syria untuk menyertai Isis dalam usaha menyokong perjuangan mereka. – Gambar fail Reuters, 18 September, 2014.
Cerita beliau tersebar di media sosial hari ini di laman web pertama yang BuzzFeed. Akaun Facebook beliau di bawah nama "Diari seorang Muhajirah" yang nampaknya bermula kurang daripada 24 jam lalu.
Katanya, dia bersetuju berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak pernah ditemui - iaitu rakan kepada suami rakan beliau - dan beliau berkahwin pada hari pertama bertentang mata dengan lelaki itu.
"Dia memandang saya, mata kami bertentangan antara satu sama lain. Jantung saya berdebar lebih cepat daripada kelajuan cahaya," tulisnya.
"Dia tersenyum. Dan bertanya soalan yang saya tidak akan lupa sepanjang hidup.
"Bolehkah kita berkahwin hari ini? Selepas Asar?"
"Jauh di dalam hati saya menjerit, 'tidakkkk'. Tetapi saya tidak tahu mengapa saya menjawab 'Ya'."
Anekdot tersebut berselang-seli dengan minat memperjuangkan Negara Islam (IS) dengan fakta mengenai perkahwinan dalam IS. "Shams" juga memberikan peringatan kepada wanita untuk menyertai IS kerana Allah dan bukan untuk perkahwinan.
Menurut Shams, anggota IS diberi rumah percuma di Syria dan mereka tidak perlu membayar bil elektrik dan air. Barangan runcit bulanan juga disediakan kepada semua, dan juga elaun bulanan bagi pasangan suami isteri dan anak-anak.
Beliau juga cuba menjawab serangan media terhadap pejuang IS, dan menyifatkan kebanyakan daripada mereka "seperti kita."
"Orang-orang ini, kebanyakannya berumur dalam 20an dan belum berkahwin. Kebanyakan mereka adalah seperti kita, mereka pernah tinggal di masa jahiliah dan menyebabkan mereka bosan dengan kehidupan dunia ini dan mahukan perubahan.
"Orang-orang ini, mereka bukannya dari latar belakang buta huruf. Ramai daripada mereka datang daripada keluarga yang kaya dan hidup seperti seorang raja/putera berdasarkan dari mana mereka datang."
Menurut akaun Twitter dan akaun ask.fm beliau, yang kedua-duanya dipadamkan, Shams berasal dari Malaysia dan berumur 26 tahun ketika pergi ke Syria pada bulan Februari.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment