ONEXOX
BannerFans.com

GAMBAR: Mislina ‘Gelandangan’ Sudah Terlalu Jauh

on Friday, September 5, 2014



Nak ikutkan Mislina Mustaffa bukanlah pelakon yang terkenal sangat di Malaysia ini melainkan diingati kerana bergiat dalam teater, pernah muncul dalam beberapa naskhah arwah Yasmin Ahmad dan berlakon dalam filem adaptasi kehidupan Zaiton Sameon yang gagal memuaskan hati produsernya hingga dibuat semula.



Kebanyakan kisah Mislina yang terbit di media pun lebih ke arah memperkatakan tentang kehidupan peribadinya yang ‘lain’ daripada orang lain.

Berbeza dengan kebanyakan wanita biasa apatah lagi jika diperincikan kepada wanita timur berbangsa Melayu beragama Islam, Mislina memilih kebebasan menghirup udara tanpa batasan di dunia ini termasuk menggunakan alasan projek hidup secara gelandangan (going homeless by choice).



Sejak dulu dia tidak kekok memperlihatkan sisi hidupnya yang jelas terpesong dari norma agama yang dilahirkan bersamanya dari segi pakaian dan gaya hidup.





Terbaru, Mislina berkongsi gambarnya ketika mengunjungi Cuba pada 27 Julai hingga 21 Ogos 2014 lalu termasuk kenangan dia berbikini sambil menikmati keindahan pantai bersama teman lelaki.





Erm, nampaknya lengan Mislina pun dah ada ‘barcode’ sekarang…




Gambar ini membuatkan beberapa saudara seagama Mislina di tanah air cuba menyedarkan dirinya di ruangan komen termasuk menerusi sindiran pedas.



Setakat ini tiada respon daripada Mislina untuk menjawab komen-komen tersebut biar pun ada rakan terapat dilihat membela dirinya.

Bak kata pepatah kita boleh heret kuda ke sungai namun tak mampu memaksa dia minum maka samalah halnya dengan kes Mislina ni kot.

Kalau dia tak mahu mencari akar diri dengan agama maka kekallah dia dengan pendirian dan gaya hidup tak seragam dengan Islam ini melainkan Allah turunkan hidayah padanya.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

ni laa mslh org malaysia...klu dh kate aib org kt kne simpan..abis camne diri sendiri y tak pernah nk simpan aib sendiri..dibiarkan di tonton oleh public...diri sendiri y membuka aib sendiri..so jgn nk slhkn org y komen..klu gmbr tu disimpan x tayang pd public..org pun tak tau dan xde laa org nk komen bajet2 baik...renung2kanlah..biar tegur marah...diri sendiri y membuka aib tuu..


September 5, 2014 at 2:22 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved